fbpx

Resepi Nasi Ayam Yang Paling Mudah Tapi Sedap. Rugi Tak Cuba!

iCookAsia

Tengok nasi ayam macam susah je nak masak, leceh dengan sup, ayam, dan sosnya. Sebenarnya nasi ayam senang sangat nak buat. Cuba ikut resepi ni. Lepas ini, mesti selalu buat Nasi Ayam sebab mudah je.

Terima kasih Amirah Husain untuk perkongsian resipi Nasi Ayam ini 🙂

Bahan-bahan untuk sup:

Untuk sekor ayam (dibelah 4 bahagian)

2 ulas bawang besar*

4 ulas bawang putih* (bahan yg bertanda * dipotong mayang)

2 inci halia*

4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga rawang dan bunga cengkih)

Sup bunjut

Kiub pati ayam

Bahan-bahan untuk perap ayam:

1 senduk kuah sup

Kicap manis (ikut nak manis mana)

1/2 senduk kicap pekat

1/2 senduk sos cili

Sedikit madu

Bahan-bahan untuk nasi:

Daun pandan (disimpul)

3 sb marjerin yang sudah dicairkan

Kuah sup (ikut sukatan masak nasi)

Bahan-bahan untuk kuah lada:

3 lada besar merah

10 cili padi merah (ikut pedas yang diingini)

1 biji tomato

2 ulas bawang putih

Sedikit cuka

Cara memasak:


1. Tumis semua bahan yang telah dipotong mayang dan 4 sekawan sampai naik bau.

2. Letakkan air yang banyak untuk sup, sebab nak guna untuk masak nasi dan perap ayam.


3. Masukkan ayam dan kiub pati ayam, bila dah mndidih letakkan garam dan perasa. Masak sampai ayam empuk.


4. Sambil tunggu sup masak, buat kuah lada. Hanya blend semua bahan sahaja dan perasakan dengan gula dan garam.

5. Untuk nasi ayam, basuh beras mcm biasa, dan tuangkan marjerin yang sudah dicairkan.

6. Ambil sup yang dah masak tadi dan masukkan ke dalam periuk nasi. Pastikan ambil juga sedikit minyak untuk nasi cantik berkilat. Masukkan daun pandan dan masak nasi seperti biasa.

7. Untuk perap ayam, masukkan kuah sup dan campurkan semua bahan lain. Perap selama setengah jam dan goreng dengan api kuat untuk bagi garing di luar dan lembut di dalam.

\
8. Untuk kuah kicap, ambil lebihan kuah perap ayam, dan masak balik. Letak bancuhan tepung jagung sedikit. Sudah mendidih dan pekat boleh tutup api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Amirah Husain (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x