in ,

Resepi Nasi Berlauk Gulai Lemak Kuning Ikan Tongkol, Simple Tapi Memang Sedap!

Kalau korang nak tahu, nasi berlauk ni merupakan salah satu juadah yang agak popular dalam kalangan orang pantai timur. Mana tidaknya, bermacam-macam jenis lauk yang dijual sampai rambang mata nak pilih lauk apa. Untuk pengetahuan anda, di pantai timur, ikan tongkol juga dikenal sebagai ikan ayo tau.

Tapi jangan risau lah, hari ni Admin nak share satu resepi yang sangat sedap

Terima kasih Sue Haiza untuk perkongsian resipi Nasi Berlauk ini 🙂

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus- masukkan air,garam secukup rasa, asam keping dan rebus sehingga masak)

1 cawan santan pekat

3 cawan air atau boleh kurangkan jika mahu kuah lagi pekat.

1 biji bawang merah holland

1 inci lengkuas

1 sudu besar serbuk kunyit atau 1 inci kunyit hidup.

2 sudu besar cili boh atau cili giling

Garam dan gula secukup rasa.

Lada besar hijau atau merah

4-5 biji lada merah kecil (Jika suka)

Timun batang (dipotong dua dan memanjang) – Optional

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, blend bawang merah, lengkuas,kunyit dan masukkan sekali cili giling.
  2. Seterusnya, di dalam periuk, masukkan santan dan air.
  3. Kemudian, masukkan bahan yang sudah dikisar.  Buka api dan kacau (Jangan tinggal ya) sehingga menggelegak.
  4. Kemudian, masukkan ikan rebus dan 2-3 keping asam keping atau gelugur hasil dari rebusan ikan.
  5. Kacau sehingga kuah sedikit pekat. Masukkan cili besar, cili kecil dan timun batang.
  6. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
  7. Kecilkan api. Tutup periuk sebentar dalam 5 minit. Tutup api dan siap.

 Bahan (Untuk sambal):

Secekak cili merah

Bawang merah

Sedikit belacan

Bawang putih

Tomato

Gula, garam secukup rasa. Boleh lebihkan gula sedikit.

Sesudu cuka

3-4 biji limau kasturi dihiris nipis-nipis

Cara penyediaan:

  1. Pastikan bawang merah, sedikit belacan, bawang putih, dan tomato dibakar sekejap.
  2. Kemudian, kisarkan semua bahan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Sue Haiza(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.