in

Resepi Nasi Daging Utara tanpa Rempah Nasi Daging, Cara Masak yang Senang, Hasil yang Sangat Sedap!

Memandangkan sambutan Raya Aidiladha bakal tiba, jom kita lihat resepi ini. Nasi Daging Utara yang sedap dimakan bila-bila masa. Resepi ini tidak perlu menggunakan rempah nasi daging, senang sahaja untuk dimasak. Terima kasih kepada saudari Shai Anne atas resepi ini.

RESEPI NASI DAGING UTARA

BAHAN-BAHAN

5 pot beras Basmathi

1/2 ke 1 kg daging

1 bungkus rempah sup bunjut 

1 sudu besar rempah kurma

1 sudu besar rempah kari

2 bawang besar & bawang putih(hiris)

1 inci halia(hiris)

3/4 biji rempah 4beradik

1 biji kecil tomato

4 pot air rebusan daging

Garam/ pati kiub ayam secukup rasa

3helai daun pandan

minyak sapi @ majerin

CARA-CARA

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut, rempah kurma dan sedikit garam. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya 
  2. Basuh beras dan toskan.
  3. Tumis halia, 4 beradik serta bahan hiris di dalam periuk nasi hingga naik bau.  
  4. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  5. Masukkan air rebusan daging dan susu cair (mengikut sukatan di atas), masukkan daging dan perasakan dengan garam.
  6. Tutup periuk & tunggu nasi masak, sedia untuk dhidangkan.

 

Resepi Air asam Kerisik

👉🏻Bahan utk di blend

Cili merah, cili padi, separuh tomato dan bawang, belacan, sedikit air

👉🏻Campurkan bahan yg di blend tadi dgn hirisan bawang dan tomato

Tambahkan gula+garam+air perahan limau nipis+kerisik sesedap rasa. Siap.

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!

Bagi mendapatkan produk memasak yang berkualiti pada harga berpatutan, layari http://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0