fbpx

Resepi Nasi Goreng Daging Simple Dan Sedap. Tak Perlu Lama, 15 Minit Sahaja Dah Siap Tau!

iCookAsia

Mesti ramai yang suka makan Nasi Goreng kan? Dengan kepelbagaian nasi goreng yang ada, memang tak tahu nak makan yang mana satu. Admin nak kongsikan satu resepi ini, nasiĀ goreng daging kali ini mudah sahaja nak buat. Mesti ramai yang suka menggunakan daging dalam nasi goreng atau mee goreng. Memang rasanya akan terasa lebih sedap berbanding dengan menggunakan ayam. Itu pendapat dan citarasa masing-masing tau!

Jom try.

Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi putih
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Kacang buncis hiris dadu
2 sudu planta
6 biji cili padi (diracik)
Daging batang pinang
2 sudu sos tiram

Cara-cara memasak:
1. Masukkan planta dan tumis bahan-bahan seperti bawang putih, bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan daging dan goreng seketika.
3. Masukkan sos tiram dan cili padi.
4. Masukkan kacang buncis dan sedikit garam.
5. Masukkan nasi putih dan gaul mesra.
6. Biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! šŸ˜‰

Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x