in ,

Resepi Nasi Goreng Seafood. Letak Cili Padi Ikut Level Kepedasan Anda. Lagi Pedas, Lagi Sedap.

Nasi goreng seafood ini antara menu nasi goreng yang selalu dihidang di kedai makan biasa. Untuk orang yang suka seafood, dan teringin nak makan nasi, boleh cuba resipi ini. Tambah pula dengan cili padi, sos ikan dan belacan. Wah nikmatnya!

Terima kasih Adila Razak untuk perkongsian resipi Nasi Goreng Seafood ini 🙂

Bahan untuk di tumbuk:

Bawang putih – 3 ulas

Bawang merah – 3 biji

Cili padi – 6 biji

Belacan

Bahan-bahan lain:

Nasi putih – 1 mangkuk besar

Sos ikan (dalam 1 sudu)

Kicap manis

Kacang panjang (dihiris) 

Telur ayam (2 biji) 

Sotong dan udang 

Cara memasak:

  1. Panaskan kuali dan  tumis bahan tumbuk.
  2. Masukkan sotong dan udang.
  3. Kemudian masukkan sos ikan dan telur ayam.
  4. Kacau-kacau, kemudian masukkan nasi putih.
  5. Kacau-kacau dan masukkan kicap manis dan kacau lagi. Perasakan.
  6. Kemudian masukkan kacang panjang yang telah dihiris.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidang

Amacam? Senang tak? Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Adila Razak (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.