fbpx

Resepi Nyonya Laksa Melaka Yang Mudah dan Sedap!

iCookAsia

Bagi yang rindukan Melaka, jom kita cuba resipi laksa melaka ni. Nak pergi jalan-jalan Melaka tak tahu lagi bila. Jadi kita buat sendiri masakan dari sana. Boleh juga untuk melepas rindu nak pergi jalan ni.

Terima kasih Muhamad Muktamin untuk perkongsian resipi Nyonya Laksa Melaka ini 🙂

Bahan-bahan pes (Kisar)

2 biji bawang merah/besar

4 biji bawang putih

3 biji buah keras

3 batang serai dihiris

2 inci lengkuas dihiris

2 inci kunyit dihiris

2 inci belacan dibakar/goreng

5 biji cili merah *saya guna cili padi merah

Segenggam udang kering *direndam

Kisar Berasingan:

Cili kering secukupnya

Udang segar mentah (boleh juga dicincang halus)

Bahan Kuah Laksa:

10-20 ekor udang segar

1 senduk minyak masak/secukupnya

Santan pekat (1 biji kelapa)

Air rebusan udang

Air rebusan kulit dan kepala udang yg dikisar dan ditapis

1 biji kiub ayam

1 ikat kesum dihiris nipis *secukupnya

Garam dan gula/gula Melaka  secukup rasa

Bebola ikan/udang

Bebola sayuran

Taufu kering

Taufu puff

Kek ikan/fish cake

Daun limau purut *kalau mahu *ni saya tambah

Sayuran hiasan:

Daun kesum dihiris nipis

Bawang besar dihiris

Taugeh celur *saya suka rangup mcm tu je

Bunga kantan dihiris

Timun *dihiris

Bahan Lain:

Laksa beras/bihun *saya lebih suka laksa beras

Sambal tumis cili

*saya ada sambal kerang je(2 dalam 1)

Telur rebus

Udang segar

Kerang segar

Tauhu goreng dihiris

Limau kasturi dipotong dua

Cara-cara memasak:

  1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak, kemudian cili kisar dengan cara sama.
  2. Masukkan air rebusan udang, air rebusan kulit dan kepala udang, santan pekat dan  kiub ayam. Masak sehingga mendidih dan agak pekat.
  3. Kemudian masukkan daun kesum, daun limau purut (kalau nak) bersama bahan-bahan lain seperti taufu, bebola ikan, kek ikan dan lain-lain.
  4. Masak sehingga kuah mulai timbul minyak dan kuah pekat seperti dikehendaki. *lebih kurang 10-15minit

Cara menghidang:

Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa. Susun sayuran dan bahan sampingan lain ikut kreativiti.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Muhamad Muktamin Abdul Karim(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x