in ,

Resepi Original, Apam Kampung/Apam Gula Merah. Sedap Dimakan Dengan Kelapa Parut Putih.

Ada masih teringat dan rindu kampung halaman anda? Apa lah khabar atok dan nenek kita di sana kan? Teringin juga untuk menikmati hidangan dan kuih-muih dari kampung. Seperti hidangan Apam Kampung ini. Nama pun ada kampung, sudah semestinya atok nenek kita tahu akan resepi ini dan hasilnya betul-betul sedap. Boleh rasa suasana seperti di kampung. 

Memandang kita tidak dapat lagi untuk merentas negeri, jom kita buat sendiri Apam Kampung ini. Mungkin boleh terubat sedikit rindu tu? 

Terima kasih Aishah Ismail untuk perkongsian resipi Apam Kampung ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum dan 1 sudu teh baking powder

1/2 cawan gula merah

1/2 cawan gula pasir

2 cawan air

1 paket mauripan

1 sudu besar gula pasir

1/2 cawan air suam

Cara membuat:

  1. Bancuh gula 1 sudu besar gula pasir dan air suam bersama mauripan. Biar dia kembang 20 minit. 
  2. Kemudian masak gula merah dan gula pasir bersama 2 cawan air, bagi larut. Sejukkan. 
  3. Kemudian masukkan, bancuhan yis mauripan. 
  4. Gula merah yang sudah masak tadi dalam tepung gandum, gaul bagi sebati dan perap selama 1 jam. 
  5. Oles minyak pada loyang dan kukus selama 45 minit.

*Nak lebih sedap, dimakan bersama kelapa parut putih yang sudah digaul dengan sedikit garam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Aishah Ismail (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.