fbpx

Resepi Pai Mini Ayam Mudah

iCookAsia

Resepi Pai Mini Ayam ini tidaklah sesusah mana. Mudah sahaja untu disediakan. Selain dari dijamu bersama keluarga, anda juga boleh gunakan resepi ini untuk berniaga kecil-kecilan dari rumah.

Bahan pastri:
300g tepung gandum, diayak
1/2 sudu teh garam
150g marjerin
1 biji telur
Secukupnya air ais
1 biji kuning telur, dicampur 1 sudu besar air (untuk sapu)

Bahan Inti:
2 sudu besar marjerin
2 biji bawang merah } dicincang halus
1 ulas bawang putih }
200g dada ayam, didadu
1 biji ubi kentang, didadu
Secukupnya air
5 biji cendawan butang, didadu
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan Sos Putih:
1 sudu besar Marjerin
1 sudu besar tepung gandum
200ml susu pekat
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara membuat:

Untuk Inti:
1. Panaskan marjerin, tumis bahan cincang sehingga wangi.
2. Masukkan ayam, kacau rata.
3. Tambah ubi kentang dan air.
4. Apabila ubi kentang empuk, masukkan cendawan, garam dan serbuk lada hitam.

Untuk Sos:
1. Cairkan Marjerin atas api perlahan.
2. Masukkan tepung, kacau. Masukkan susu pekat, serbuk lada sulah dan garam.
3. Kacau sehingga pekat, campurkan dengan inti. Biar sejuk.

Untuk Doh:
1. Masukkan garam dan Marjerin ke dalam tepung.
2. Gaul menjadi serbuk roti. Masukkan campuran telur dan ais ais. Uli menjadi doh. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
3. Canai doh dan terap dengan acuan bulat. Alas dasar tin pai yang sudah dilengser.
4. Sudukan inti dan sapukan telur di sekeliling. Tutup bahagian atas dengan doh.
5. Sapu kuning telur dan cucuk atasnya dengan hujung pisau.
6. Bakar pada 190 C selama 25-30 minit atau sehingga masak.

 

 

Nak beli barang dapur? Jom shopping di https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x