fbpx

Resepi Pancake ala McDonald, Simple Dan Sangat Gebu. Tak Sampai 10 Minit Dah Siap!

iCookAsia

Bila tiba sahaja musim cuti sekolah, mesti para ibu buntu nak masak apa untuk anak-anak di rumah, bak kata pengguna Facebook yang telah kongsikan resepi Pancake yang sangat simple dan mudah ini. Nak makan dengan madu di sapu butter pun best. Janji sedap hehe.

Jom kita try

Terima kasih untuk Yusma Mustafa perkongsian resipi Pancake ini 🙂

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum

1 cawan susu segar (susu tepung pun boleh)

1 biji telur

1 1/2 sudu besar gula

1 sudu besar minyak jagung (minyak masak pun boleh)

1 sudu besar baking powder

Semua bahan bersuhu bilik

Cara membuat:

  1. Mula-mula, pukul telur sampai kembang dan berbuih-buih. Nak guna garfu pun boleh.
  2. Masukkan minyak dan jangan kacau lagi.
  3. Masukkan baking powder. Jangan kacau lagi.
  4. Kemudian, masukkan gula dan jangan kacau lagi.
  5. Masukkan gula. Jangan kacau lagi bahan-bahan tersebut.
  6. Seterusnya, masukkan tepung gandum. Tidak perlu kacau lagi.
  7. Apabila sudah masukkan bahan-bahan tersebut, boleh kacau dengan perlahan-lahan dan manja. Kacau sampai adunan sebati.
  8. Ambil senduk dan wajib guna kuali non-stick. Kalau tidak, adunan akan menjadi lempeng.
  9. Apabila sudah keluar gelembung seperti gambar di bawah, boleh terbalikkan.
  10. Ini rupa side yang sudah siap masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yusma Mustafa(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x