X

Resepi Paprik Seafood, Sangat Mudah Dan Rasa Yang Sedap!

Kalau ada hidangan Paprik Seafood dan dimakan dengan nasi panas, memang sedap dan perfect orang kata. Dengan rasa paprika yang boleh buat orang tambah berpinggan-pinggan lagi. Kalau buat sendiri resepi ini, lagi best.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Ayu Shahidan perkongsian resipi Paprik Seafood ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Tumis):

3 ulas bawang merah (hiris)

3 ulas bawang putih (tumbuk manja)

2 batang serai (tumbuk)

Daun limau

Bahan B:

Jagung kecik (potong)

Carrot (potong)

Cili blender (kalau nak pedas boleh letak banyak)

5 biji cili padi (tumbuk)- untuk extra pedas

3 sudu makan sos cili

2 sudu makan kicap

Seafood

Kiub ayam

Bahan C (Hiasan):

Bawang holland atau bawang besar (dihiris besar)

Cili merah (hiasan)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bahan A.
  2. Masukkan carrot dan jagung serta kacau-kacau.
  3. Apabila sudah agak empuk, masukkan cili blender, cili padi, sos, kicap dan kiub ayam.
  4. Masukkan sotong dan kacau sampai sotong empuk.
  5. Masukkan udang dan kacau-kacaukan ia.
  6. Apabila udang sudah masak, tutup api.
  7. Masukkan bawang holland dan cili merah. Kacau sebatikan. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ayu Shahidan(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Categories: Articles Recipes
iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More