fbpx

Resepi Pasta Yang Sihat, Iaitu Pesto Pasta. Sesuai Untuk Yang Sedang Diet!

iCookAsia

Selalu kalau spaghetti kita makan spaghetti bolognese atau carbonara kan? Kali ini jom kita tukar selera, cuba Pesto Pasta pula. Sekali sekala kita tukar menu, meriahla sikit. Jom cuba. 

Terima kasih Arif Eddy untuk perkongsian resipi Pesto Pasta ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan daun basil segar

1/3 cawan pine nuts (saya guna pistachio)

1/3 cawan keju parmesan parut segar

3 ulas bawang putih 

1/3 cawan minyak zaitun

1 sudu teh jus lemon segar

1/2 sudu teh garam

Ayam yang dipotong kecil

Sedikit lada hitam

Cara memasak:

1. Kisar semua bahan jangan terlalu halus. Boleh simpan dalam peti ais. Letakkan sedikit minyak zaitun. Campuran ini dipanggil Pesto.

2. Tumis bawang putih dan ayam dengan minyak zaitun. Boleh tambah garam masa ni jugak.

3. Masukkan spaghetti yang telah direbus. Kemudian masukkan pesto.

4. Gaulkan dan letak tomato jika suka. Kalau nak lebih creamy boleh tambah air rebusan spaghetti sedikit.

Masak pasta Pesto anda menggunakan Shefu 32cm Non-stick Aluminium Wok untuk hasil yang lebih sedap! 

Taburkan parmesan untuk lagi uumph.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Arif Eddy (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x