in ,

Resepi Pau Kukus Inti Kelapa Parut. Lembut Dan Gebu, Confirm Sedap.

Kalau anda teringin nak beli Pau di kedai-kedai, boleh cuba resepi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook ini. Hasil menggunakan teknik mengukus ni lah boleh buat pau menjadi lembut dan gebu. Dan bila buat sendiri di rumah ni, baru lah boleh letak inti penuh kan. Nikmatnya…

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Pau ini 🙂

Bahan-bahan:

1/2 kg tepung gandum

1 sudu besar gula

1/2 sudu teh garam

5 sudu besar minyak masak

1 sudu besar shortening

1/2 cawan air suam

2 cawan Air

2 sudu besar yis atau 1 bungkus

Cara membuat:

  1. Masukkan tepung gandum dalam bekas bersama shortening, garam dan minyak. Gaul sebati.
  2. Masukkan air suam dalam gelas bersama gula dan yis hingga kembang dan berbuih.
  3. Campur dalam tepung dan uli hingga menjadi doh. Air ditambah sedikit demi sedikit. Agak-agak boleh diuli jadi doh, boleh berhenti tambahkan air.  

*Air tiada sukatan tepat sebab ikut kualiti tepung gandum yang kita guna.

  1. Perap selama 1/2 jam. Apabila sudah naik dua kali ganda, tumbuk untuk buang angin. Kemudian ambil sedikit, leperkan dan isikan dengan inti. Bulat-bulatkan dan perap lagi hingga naik satu kali ganda.
  2. Kukus dalam air mendidih dan api sederhana selama 5 minit. Tudung periuk pengukus dibalut dengan tuala kecik untuk elak air menitis atas pau. Dah cukup masa, angkat dan biarkan 1/2 minit baru buka tudung pengukus.

Bahan untuk Inti Kelapa Parut:

Kelapa parut

1 sudu besar tepung gandum

1 cawan gula merah

1/2 cawan air

1/2 sudu teh garam

Cara penyediaan:

  1. Masak air dan gula merah.
  2. Apabila sudah meruap, tapiskan. Masukkan dalam kuali.
  3. Kemudian, masukkan kelapa parut, tepung gandum dan garam. Masak hingga sebati dan kering.

*Boleh juga guna inti jem coklat dan kaya. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.