fbpx

Resepi Pizza Homemade Dengan Topping Meriah. Tanpa Bread Softener Pun Boleh Je Buat.

iCookAsia

Ada hari, mesti selera perut kita nak hidangan Pizza. Betul tak? Tapi jika anda sedang berjimat sekarang ini, boleh la cuba buat Pizza secara homemade je. Tak susah pun. Boleh jadikan aktiviti bersama keluarga nak buat Pizza ni. Jom cuba!

Terima kasih Iedaa Jahaya untuk perkongsian resipi Pizza Homemade ini 🙂

Bahan untuk Doh:

2 cawan tepung high protein atau tepung Ros serbaguna

1 sudu besar yis mauripan

1 sudu besar gula kastor

1 sudu kecil bread softener (tak letak pun tidak mengapa)

1 sudu besar susu pekat

1 biji telur

Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan dalam bread mixer dan sebatikan dulu.
  2. Masukkan 3/4 cawan air suam. Tetapi masukkan ½ cawan dulu dalam adunan. Uli sekejap. Apabila adunan masih seperti serbuk roti masukkan lagi air dan uli hingga adunan dah melekat. 
  3. Masukkan 2 sudu besar mentega dan uli terus hingga jadi doh. Perap selama 15 minit.
  4. Keluarkan daripada bread mixer dan canaikan. Ikut citarasa, kalau nak nipis, boleh leperkan lagi. 
  5. Sebelum nak letak topping, cucuk-cucuk atas doh dengan garpu (untuk bagi angin keluar).
  6. Barulah mula letakkan topping, dan panaskan oven dahulu dan bakar pada suhu 180 selama 25 minit.

Untuk topping (ikut citarasa sendiri):

  1. Isi ayam (dimasak dahulu) dan di kuali lain, tumis bawang holland dan bawang putih.
  2. Kemudian, masukkan isi ayam.
  3. Perasakan dengan serbuk perasa dan sedikit garam dan serbuk lada. Gaul sebati.
  4. Masak hingga air ayam kering dan boleh tutup api.

Bahan-bahan lain:

Sosej

Isi ketam

Mix Vegetables

Sos PREGO

Mozzarella

Mayo

Sos nachos

Sos cili

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Iedaa Jahaya (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x