fbpx

Resepi Popia Sira Sambal Sedap. Ada Tips Untuk Bagi Popia Rangup Dan Gulung Bagi Kemas. Resepi #Ramadan

iCookAsia

Apabila tiba pada bulan Ramadan, ramai yang teringat atau teringin semula untuk makan kuih-kuih tradisional. Kuih-kuih pun boleh terliur. Seperti Popia Sira Sambal ini. Haa, kuih ini susah nak jumpa tempat yang betul-betul rasanya sedap. Tetapi, di musim pandemik ini apa kata anda kurangkan pergi beli di Bazaar, dan belajar buat sendiri. 

Bila buat sendiri ni, lebih menyeronokkan. Inti boleh kawal sendiri, nak lebih boleh, nak kurangkan boleh. Juga, kualiti bahan-bahan yang boleh kita pilih sendiri. Jom belajar buat! 

Terima kasih Raja Amanina untuk perkongsian resipi Popia Sira Sambal ini 🙂

Bahan-bahan:

Kulit Popia

Bahan untuk Inti:

2 keping dada ayam cincang halus (optional

2 ulas bawang putih (dipotong dadu)

Tauge

Kobis

Carrot 

Daun Bawang

Caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan masukkan isi ayam.
  2. Masukkan sayur-sayuran dan perasakan gula garam.
  3. Gulung popia kemas-kemas.
  4. Goreng popia hingga garing.

Bahan untuk Sambal:

1 cawan cili kisar@cili giling

1 cawan gula

Sedikit minyak

Secubit garam

Asam keping 1 keping

Caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga garing dan masukkan gula dan asam keping.
  2. Masak hingga sambal mendidih dan berbuih.
  3. Tutup api dan tunggu hingga sambal sedikit suam dan masukkan popia yang digoreng dan gaul rata.

Tips untuk bagi popia rangup gulung popia ketat-ketat dan kemas-kemas:

*Masak sambal hingga berbuih.

**Apabila sambal sudah suam-suam sejuk baru gaulkan popia.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Raja Amanina (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x