fbpx

Resepi Puding Jejari Coklat Yang Mudah Dan Sedap.

iCookAsia

Menarik betul resepi ini, boleh dibuat bersama anak-anak. Simpan dalam peti sejuk, makan time panas-panas memang seronok kan!

Terima kasih Zura Zul untuk perkongsian resipi Puding Jejari Coklat ini 🙂

Bahan-bahan:

Biskut jejari secukupnya

20g agar-agar bertali

5 cawan air

1 cawan gula

1 tin susu cair, sukat 2 cawan kalau tak cukup boleh tambah air (boleh juga guna susu segar)

5 sb tepung kastard (bancuh dulu dengan sedikit air)

2 sb susu pekat manis

2 sb serbuk koko

1 sb milo

1 cubit garam

Pewarna kuning atau apa-apa warna

Cara membuat:

  1. Masak air dengan agar-agar hingga larut. Masukkan gula, kacau hingga larut (api sederhana)
  2. Masukkan susu  cair dan susu pekat, kacau rata.
  3. Kemudian masukkan bancuhan tepung kastard, kacau dengan cepat bagi rata. Tabur garam dan kacau sekata. Tutup api.
  4. Asingkan 3 ½ cawan adunan puding dalam bekas lain. Campurkan serbuk koko dan milo. Kacau sebati atau blend.
  5. Tuang dalam ½ cawan dalam loyang 8×8,
  6. Susun biskut jejari jarak-jarak hingga penuh bahagian bawah loyang.
  7. Ambil dalam 1 cawan adunan agar-agar coklat, tuang atas biskut tadi, ratakan.
  8. Biar seketika dan ulang step sama hingga 3 layer.
  9. Lebihan adunan puding dalam periuk tadi panaskan semula, tuang sedikit pewarna.
  10. Tuang perlahan-lahan atas puding biskut jejari tadi sehingga habis. 
  11. Sejuk atau bekukan dalam peti sejuk selama 2 jam. 
  12. Boleh potong dan makan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zura Zul (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x