fbpx

Resepi Puding Karamel Tanpa Menggunakan Telur. Lagi Sedap Bila Dimakan Sejuk-Sejuk!

iCookAsia

Mesti ramai yang teringin nak makan Puding Karamel kan? Resepi ini antara resepi yang paling senang nak buat tau. Hanya memerlukan bahan-bahan yang mudah sahaja. Dengan rasa lemak dan manis karamel menjadikan ia lagi best.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Fatien Zaini perkongsian resipi Puding Karamel ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Untuk Karamel):

1 cawan gula

1/2 cawan air

Bahan B (Untuk Puding):

Agar-agar serbuk 10 g (plain)

4 cawan air

1 tin susu cair

1 1/2 cawan susu pekat (mengikut kemanisan tekak masing-masing)

3 1/2 sudu besar tepung kastard

1 sudu kecil esen vanilla

Sedikit garam (untuk melemakkan rasa puding)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan gula di dalam periuk dan masak sehingga cair serta menjadi keperangan. Guna api perlahan sahaja.
  2. Tutup api dan tuang air secara perlahan-lahan ke dalam gula tadi. Kemudian buka semula api dan kacau karamel tadi sehingga larut.
  3. Sejukkan karamel tadi dan baru di isi dalam bekas.
  4. Kemudian, masukkan air dengan serbuk agar-agar serta masak sehingga mendidih.
  5. Campurkan susu cair, tepung kastard, susu pekat, garam serta esen vanilla dan kacau sehingga sebati terlebih dahulu serta masukkan ke dalam agar-agar. Biarkan mendidih.
  6. Akhir sekali, tuang ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti ais.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fatien Zaini(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x