in ,

Resepi Puding Laici. Kalau Ini Kegemaran Anak Anda, Boleh Buat Di Rumah. Confirm Berebut Makan.

Musim PKP sudah pun berakhir. Jadi, boleh lah berjumpa dengan keluarga yang dalam satu daerah tu. Ha, disini Admin kongsikan salah satu idea untuk pencuci mulut yang boleh anda hidangkan pada keluarga atau tetamu. 

Biasanya kita buat puding yang kosong biasa je kan? Kali ini seorang pengguna Facebook telah kongsikan cara membuat Puding Laici yang memang ada buah laici pada atas permukaan puding tersebut. Nampak betul-betul menyegarkan…

Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Puding Laici ini 🙂

Bahan A:

5g serbuk agar-agar

3 cawan air

1/2 cawan gula

Secubit garam

1 tin laici (tapiskan air dalam tin)

Caranya:

  1. Serbuk agar-agar, air, gula dan garam campur sekali.
  2. Kacau-kacau rata dan masak atas api hingga mendidih.
  3. Tabur laici dalam loyang bulat saiz 8. Kemudian, tuang adunan tadi hingga habis.
  4. Biar beku seketika.

Bahan B:

5g serbuk agar-agar

Air laici dalam tin

1/2 cawan air

1/2 cawan gula (boleh kurangkan ikut suka)

2 cawan susu segar dutch lady

Secubit garam

Pewarna ikut suka

Cara membuat:

  1. Masuk semua bahan dalam periuk.
  2. Kacau-kacau sebati.
  3. Masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau-kacau.
  4. Tuang perlahan-lahan atas puding laici tadi hingga selesai.
  5. Biarkan beku sejuk.
  6. Simpan dalam peti sejuk. Sudah sejuk, boleh potong ikut suka

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0