fbpx

Resepi Puding Roti Karamel. Kalau Nak Lebih Sedap, Tak Perlu Tambah Air Dalam Adunan.

iCookAsia

Pencuci mulut puding karamel memang sangat mudah untuk dibuat. Ini kerana teknik mengukus yang digunakan lebih memudahkan proses membuat. Dikira, antara resepi yang anti-gagal juga. Siapa je yang tidak mahu resepi yang confirm menjadi kan? 

Untuk rasa yang lebih lemak berkrim, Puding Karamel ini ditambah dengan Roti. Kalau ada roti di rumah yang hampir tamat tarikh luput tu, boleh lah buat pencuci mulut ini. Jom cuba!

Terima kasih Nora Ha untuk perkongsian resipi Puding Roti Karamel ini 🙂

Bahan-bahan:

3 sudu besar gula pasir (untuk karamel)

4 keping roti

1/2 tin susu cair 

1/2 tin air 

1 biji telur

1/4 cawan susu pekat

1 sudu kecil esen vanila

1 sudu besar tepung kastard

3 cawan air

1/3 cawan gula

Agar-agar tali (11g)

2 sudu besar marjerin

Pewarna

Cara membuat:

  1. Masak gula untuk dijadikan karamel. Tuang ke dalam loyang. Biarkan sejuk.
  2. Blend roti bersama-sama susu cair, ½ tin air, susu pekat, telur, esen vanila dan tepung kastard (kalau tiada, boleh guna tepung jagung).
  3. Dalam periuk, masakkan 3 cawan air, ⅓ cawan gula, serbuk agar-agar dan marjerin. Kacau hingga kesemuanya larut, baru masukkan bahan yang di blend tadi. Hendaklah sentiasa dikacau, bila sudah mula memekat, tutup api.
  4. Bahagikan kepada beberapa bahagian utk diletak pewarna.
  5. Sendukkan agar-agar ke dalam loyang yang mengandungi karamel. Sejukkan di dalam peti.
  6. Bila sudah keras. Ambil pinggan,terbalikkan loyang supaya karamel berada di bahagian atas. Sedia untuk dipotong. Semestinya sedap dimakan ketika sejuk.

Tips: Jika nak lagi sedap, guna 1 tin susu cair, jadi ½ tin air tu tak perlu. Gula karamel memang cepat keras, kena cepat tuang ke dalam bekas.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nora Ha (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x