in ,

Resepi Pulut Kacau Utara Atau Wajik. Lebihkan Santan Kalau Nak Lebih Lembut.

Hidangan yang legend iaitu Wajik atau Pulut Kacau Utara. Nak tahu hidangan yang menjadi, pastikan tidak terlalu keras untuk dikunyah atau terlalu lembut. Kalau keras, boleh lebihkan Santan. 

Haa, Admin pasti ini menjadi kegemaran orang dulu-dulu. Buat yang belum pernah cuba, jom try!

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Pulut Kacau ini 🙂

Bahan-bahan:

5 cawan santan pekat

3 cawan pulut susu

2 cawan gula merah (masak dengan sedikit air)

1/2 cawan gula putih

Secubit garam 

Daun pandan (di simpul)

Cara membuat:

  1. Rendam pulut 2-3 jam dan kemudian kukus sehingga masak.
  2. Masak gula merah dengan sedikit air sehingga larut. 
  3. Masukkan santan, gula merah, gula putih, garam dan daun pandan ke dalam kuali.
  4. Masak sehingga menjadi pekat dan bertali. Selepas itu, masukkan pulut tadi dan kacau sehingga sebati semua bahan.
  5. Apabila sudah masak terus tuang ke dalam loyang atau bekas.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.