fbpx

Resepi Pulut Kuning Dan Rendang Ayam. Ikut Cara Buat Ini Untuk Tahan Lebih Lama Dan Tak Senang Basi.

iCookAsia

Hidangan Pulut Kuning dan Rendang Ayam ini menjadi tradisi untuk dimakan sama ada pada majlis kesyukuran, majlis perkahwinan atau Hari Raya. Tak ramai yang reti untuk membuat Pulut Kuning ini. Risau tidak jadi sahaja. Tapi jangan risau. Belum cuba, belum tahu. Mana tahu, anda first time untuk cuba, masakan rasa sedap? Jom cuba!

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Pulut Kuning Dan Rendang Ayam ini 🙂

Pulut Kuning Tanak

Bahan-bahan:

1 cawan pulut (boleh guna pulut susu)

Segenggam beras (biasa)

1 1/3 cawan santan 

1 cm halia (jika suka)

Sedikit serbuk kunyit

Lada hitam (1 sudu teh jika suka)

Cara membuat:

  1. Masukkan semua dalam periuk dan masak seperti masak nasi.
  2. Bila periuk nasi dah tendang button, biarkan selama 15 minit. Baru kacau dengan senduk.

 

Rendang Ayam

Bahan-bahan:

4-6 ketul isi ayam

6-8 tangkai cili kering *

2 cm halia *

2 batang serai *

2 cm lengkuas *

Rempah 3 sekawan

1 /2 cawan santan atau susu cair

1 sudu besar kerisik

2 ulas bawang putih *

1 labu bawang besar *

Air secukupnya

Minyak untuk menumis

Garam 

1/2 keping gula melaka

Daun kunyit

Cara membuat:

  1. Blend bahan-bahan bertanda (*).
  2. Tumis bahan-bahan kisar dan 3 sekawan hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kerisik.
  4. Masukkan sedikit air. Ikut banyak mana kuah yang kita kehendaki, dalam 2 cawan. Masukkan gula melaka.
  5. Masukkan isi ayam biar mendidih dan empuk.
  6. Masukkan santan, biar mendidih seketika.
  7. Masukkan garam dan daun kunyit, kemudian, tutup api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x