fbpx

Resepi Pulut Panggang Versi Terengganu. Sedap Dan Mudah. Memang Puas Hati!

iCookAsia

Siapa pernah makan Pulut Panggang? Makanan ini banyak dan mudah didapati di Terengganu. Rasanya sangat sedap dengan ada aroma bakar lagi. Confirm makan satu mesti nak lagi.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Suhada Ghads perkongsian resipi Pulut Panggang ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Sambal Ikan):

1 kg ikan kembung

7 biji bawang merah

Halba

Halia

2 cawan santan

Garam, gula secukup rasa

Cara membuat:

  1. Mula-mula, rebus ikan dan asingkan tulang.
  2. Mayang halus bawang merah dan halia.
  3. Kemudian, rendam halba.
  4. Boleh tumbuk ikan tersebut kalau untuk hancurkan dan blend terus dengan santan .Jangan hancur sangat. Sekali gus sahaja atas kuali dan masukkan kesemua bahan.
  5. Masak sampai jadi sambal. Jangan kering sangat. Pastikan lembap-lembab sahaja sambal ikan itu.

Bahan B (Pulut):

1 kg beras pulut (rendam dalam 2 hingga 3 jam)

1 kg santan pekat

Garam dan gula

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kukus beras pulut selama 30 minit.
  2. Kemudian, bancuh santan siap-siap dengan garam dan gula. Jangan letak gula terlalu banyak.
  3. Arong beras pulut dalam santan yang sudah dibancuh.
  4. Kukus lagi 30 minit.

Petua:

  1. Petua untuk gunakan kapur supaya pulut tidak melekat pada tangan. Boleh juga sapu minyak sikit-sikit pada daun pisang yang sudah di layur.
  2. Apabila sudah siap bakar, boleh makan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Suhada Ghads(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x