fbpx

Resepi Red Velvet Cake Versi Kek Span, Dengan Cheese Leleh Yang Mantap!

iCookAsia

Dengan musim pkp yang berpanjangan ni, mesti ramai yang buntu tak tahu nak buat apa kan. Jadi, Admin nak share satu resipi yang boleh bantu orang ramai. Boleh buat jualan dan nak makan untuk sendiri pun boleh. Memang sedap dengan cheese yang meleleh, confirm dah makan sekali, nak lagi.

Jom kita try.

Terima kasih Nurul Husna Mohamed Daud untuk perkongsian resipi Red Velvet Cake ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan (Untuk Kek):

1/2 cawan susu cair

1 sudu kecil soda

1 sudu besar cuka makan

1 sudu besar pewarna merah atau paste red velvet

(Satukan untuk dijadikan buttermilk)

2 cawan tepung gandum

1 sudu besar serbuk koko

1 sudu kecil baking powder

(Ayak dan asingkan)

1 cawan gula

1/2 cawan marjerin

4 biji telur A

1 sudu besar ovalette

1 sudu kecil vanila (Optional)

Bahan (Untuk cheese leleh):

250 g cream cheese

1/3 cawan susu pekat

2/3 cawan air masak

1 cawan fresh cream

Sedikit cheese parut , cheddar cheese (Kalau tak ada, takpe)

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, mix kan majerin, gula dan vanila sehingga sebati. Tak kembang pun takpe. Seterusnya masukkan telur dan ovalette. Putar lagi sampai sedikit kembang dan hilang buih kasar.
  2. Masukkan bahan ayak dan buttermilk tadi. Kacau lagi sehingga sebati. Sediakan loyang, sapu dengan minyak, dan tuang dalam loyang. Kukus selama 40 minit dengan api sederhana kecil atau boleh bakar dengan 40 minit suhu 160c.
  3. Bila dah cukup masa, cucuk dengan lidi, kalau masih ada kek lekat di lidi tu, bermakna tak lagi. Boleh tambah masa 5 hingga 10 minit. Cucuk lagi, kalau lidi bersih bermakna dah masak. Sisip tepi dan terbalikkan atas pinggan atau papan kek. Boleh sejukkan.
  4. Untuk cheese leleh, biarkan cheese lembut dalam suhu bilik, mix sebati dan masukkan susu pekat.
  5. Mix lagi, masukkkan air dan mix lagi. Masukkan fresh cream, putar sehingga sedikit kental dan siap. Fungsi fresh cream itu untuk jadikan rasa dia sejuk macam ais krim, dan lemak-lemak manis.

Tips: Tak letak susu cair sebab ianya akan menjadikan cheese tu rasa muak bila makan. Tapi kalau nak letak, boleh saja.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Husna Mohamed Daud(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x