Rendang Daging antara hidangan tradisi Melayu apabila tiba musim Raya. Kalau nak buat untuk musim raya Haji sekarang ini, sangat sesuai. Boleh nikmati hidangan tersebut bersama keluarga. Nak buat untuk lunch atau dinner pun boleh.
Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.
Bahan- bahan:
Bahan A:
4 sudu besar minyak
500 g daging (dipotong kecil)
Air separas daging
150 ml santan
1 helai daun kunyit (dikoyak)
1 keping asam gelugur
1 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik
1 sudu kecil garam
Bahan B (Kisar):
1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 batang serai
1/2 inci kunyit
4 sudu besar pes cili
Bahan C (Sangai dan kisar atau tumbuk):
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
Cara membuat:
- Mula-mula, panaskan minyak di dalam LP Cooker, tumis bahan kisar dan rempah sehingga terbit minyak.
- Masukkan daging dan air. Tutup dan masak atas api sederhana sehingga wap keluar (lubang merah).
- Perlahankan api. Masak selama 15 minit.
- Bukan penutup, tuangkan santan, daun kunyit, asam gelugur, gula merah, kerisik dan garam
- Masak lagi sehingga pekat dan terbit minyak
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity