fbpx

Resepi Roti Boom Homemade Yang Mudah. Sedap Betul Bila Buat Sendiri Ni!

iCookAsia

Ada yang rindu hidangan Roti canai mamak seperti Roti Boom ni? Memandangkan musim PKP sekarang ini, apa kata anda buat sendiri di rumah. Mudah sahaja resepi daripada ini. Jom cuba!

Bahan A:⁣
1/2 kilo tepung gandum⁣
1 sudu besar Marjerin SERI PELANGI⁣
1 sudu besar susu pekat⁣
1 sudu besar gula⁣
1/4 sudu kecil garam⁣
1 biji telur⁣
1 1/2 cawan air⁣

Bahan B:⁣
Marjerin secukupnya⁣
Gula pasir secukupnya⁣

Cara membuat:⁣
1. Sediakan bekas masukkan air, susu, garam, gula, telur dan majerin. Kacau hingga sebati.⁣
2. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas tadi dan uli sehingga menjadi doh. (jika adunan keras tambahkan sedikit air, jika adunan lembik tambahkan sedikit tepung gandum)⁣
3. Uli sehingga doh sehingga elastik. Kemudian rehatkan doh selama 30 minit. Tutup bekas dengan kain bersih.⁣
4. Ambil doh dan bentukkan bulat sehingga habis dan sapukan tiap-tiap doh dengan majerin atau minyak masak.⁣
5. Perap doh selama 2 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.⁣
6. Ambil doh dan penyekkan atau di tebar sehingga nipis.⁣
7. Kemudian sapu-sapukan marjerin secukupnya. Taburkan pula gula secukupnya. Bentukkan doh tadi seperti sanggul.⁣
8. Panaskan kuali leper dan sapukan minyak masak secukupnya.⁣
9. Goreng roti boom tadi dan balikkan sekali sekala sehingga masak (sambil renjiskan sedikit minyak masak)⁣
10. Apabila sudah masak angkat dan bolehlah dihidang bersama kuah kari atau kuah dal. Boleh juga dimakan begitu.⁣

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x