fbpx

Resepi Roti Canai Gebu Ala Mamak

iCookAsia

Dah lama tak dapat merasa lepak mamak kan, rindunya waktu-waktu dulu. Dapat roti canai cicah kuah dal, kari, gula pun ada. Jom kita lepaskan rindu kat mamak dengan buat roti canai sendiri. Resepi ni memang bagi roti canai yang gebu tau. Jom cuba.

Terima kasih Rohani Ibrahim untuk perkongsian resipi Roti Canai Gebu ini 🙂

Bahan-bahan:

1 sudu besar gula*

1 sudu besar susu pekat*

1 sudu besar planta* (cairkan dalam kuali)

1 sudu kecil KFC garam*

1 cawan air sejuk dari peti*

4 cawan gandum

Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan bertanda * dan gaul sebati sehingga gula larut.
  2. Masukkan gandum sedikit demi sedikit sambil uli adunan.
  3. Uli sehingga doh licin, dan bulatkan ikut saiz yang kita nak (boleh dapat dalam 8 ke 10 biji)
  4. Kemudian sapukan minyak pada doh, simpan selama 3-4 jam.
  5. Boleh tebar dan goreng, minyak untuk menggoreng tak perlu banyak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rohani Ibrahim (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x