fbpx

Resepi Roti Garlic Cheese Leleh, Penuh Dengan Rasa Lemak Dan Sedap!

iCookAsia

Kalau korang nak tahu, roti garlic cheese ni pernah viral tau sebelum ni. Ramai sangat tercari-cari untuk beli. Tapi sebenarnya, boleh je buat sendiri, lagi jimat dan paling penting, boleh makan banyak hehe. Bukan itu sahaja tau, korang tak perlu risau lah nak buat roti daripada awal, beli je roti burger. Mudah kan? Kalau makan panas-panas, sedap ni beserta dengan air kopi. Memang nikmat.

Jom kita buat!

Terima kasih Aisyah Humaira untuk perkongsian resipi roti garlic cheese ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A (Inti Keju):

500 g cream cheese

1/2 tin susu pekat saji

1/2 cawan cooking cream (optional)

1 biji telur (kuning)

1 sudu besar perahan lemon atau boleh gantikan dengan sunquick kalau tak ada

(Kisar semua bahan di atas dalam blender dan jikalau dah siap, masukkan dalam piping bag)

Bahan B (Sapuan butter garlic):

4 sudu besar butter atau marjerin

6 ulas bawang putih (Dicincang halus)

1 sudu teh parsley kering

2 sudu besar mayonis SAJI Malaysia

(Cairkan butter guna kaedah double boil dan masukkan semua bahan berbaki, kacau sebati dan biarkan beku sedikit atau nak guna ketika cair pun boleh)

 Cara penyediaan:

  1. Potong 4 atau 6 roti tanpa putus.
  2. Kemudian, paipkan keju ke celah dasar roti yang telah dipotong.
  3. Sapukan atau celup roti dengan butter garlic bagi rata keseluruhan roti.
  4. Seterusnya, bakar selama 10-15 minit dengan suhu 165 c atau sehingga sedikit perang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x