fbpx

Resepi ROTI JALA, Antara Kuih Muih Tradisional Yang Mesti Ada Untuk Open House! 😋

iCookAsia

Setiap kali pergi open house, mesti tercari-cari Roti Jala. Ada ke tidak ni? Haa lagi padu kalau dicicah dengan Kari Ayam atau sambal kesukaan masing-masing. Hidang untuk open house, fuh memang layan betul makan.

Jom try.

Bahan-bahan:
Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
3 sudu besar minyak
2 cawan air

Bahan B:
Pewarna yang berbeza

Cara membuat:
1. Mula-mula, campurkan kesemua bahan A ke dalam satu mangkuk.
2. Kemudian, tapiskan adunan tadi hingga menjadi adunan yang halus dan cantik.
3. Asingkan kepada tiga bahan dan letak pewarna kesukaan masing-masing.
4. Seterusnya, masukkan ke dalam botol roti jala yang berlainan.
5. Part paling best, sudah boleh mula menjala dan pastikan masak dengan menggunakan api yang kecil sahaja.
6. Kemudian, boleh mula menggulung dan pastikan bahagian kering letak di sebelah dalam.
7. Akhir sekali, boleh hidangkan dengan kari atau sambal kesukaan masing-masing.

#icookasia #rotijala #openhouse
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: [email protected] or whatsapp +6010-4418825 (Qila)

Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Shop with us: https://icookasia.shop/

Checkout our services: https://icookasia.digital/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x