fbpx

Resepi Sagu Gula Melaka Yang Mudah. Pencuci Mulut Tak Banyak Bahan, Tapi Sedap.

iCookAsia

Pencuci mulut yang terkenal pada bulan Ramadan iaitu Sagu Gula Melaka ini, masih menjadi kegemaran ramai pada bulan Syawal. Tidak dapat menjemput tetamu ke rumah, jadi pencuci mulut ini hanya boleh dihidang dalam kalangan keluarga di rumah sahaja lah. 

Jangan bersedih. Yang paling penting anda dapat mengisi waktu bersama orang tersayang. Nak lebih kreatif, buat ikut warna kegemaran anda dan boleh buat jualan. Buat dengan penuh kasih sayang, pasti hasilnya menjadi. Jom cuba!

Terima kasih Syana Anuya Manmad untuk perkongsian resipi Sagu Gula Melaka ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan sagu

6 cawan air

Pewarna yang disukai

Gula Melaka

Santan dan Susu cair 

Cara membuat Gula Melaka:

  1. Masakkan gula melaka, gula putih, daun pandan dan sedikit air sehingga hancur.
  2. Sejukkan dulu dan tapis ke dalam bekas bersih. 

Cara memasak Sagu:

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan tunggu sehingga mendidih.
  2. Masukkan sagu, tak perlu basuh dulu.
  3. Kacau sekali-sekala sahaja, jangan kerap sangat nanti sagu hancur.
  4. Bila sagu dah kembang dan bertukar jernih boleh tutup api.
  5. Tuang sagu ke dalam penapis yang sesuai dan lalukan air sejuk sambil dicuci sehingga bersih.
  6. Setelah sagu dah hilang kanjinya bolehlah toskan.
  7. Bahagikan kepada beberapa bekas dan letaklah pewarna yang disukai.
  8. Biarkan 10-15 minit untuk pewarna betul-betul sebati sebelum dimakan.
  9. Hidanglah dengan susu cair atau santan dan masukkan air gula melaka ikut rasa manisnya.
  10. Sejukkan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syana Anuya Manmad (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x