in , ,

Resepi Sambal HIjau Daripada Mak Mertua. Guna Limau Nipis Tau, Bukan Limau Kasturi.

Dah namanya Sambal Hijau, mestilah rupanya hijau juga kan? Untuk anda suka makan pedas, pasti suka akan perkongsian resipi dibawah ini. Apabila buat homemade ni, rasa lagi puas. Betul tak? Jom cuba!

Terima kasih Zuraini Alias II untuk perkongsian resipi Sambal Hijau ini 🙂

Bahan-bahan:

60 gm cili api

4 biji bawang putih

4 tbsp gula

1 1/2 tsp garam

4 biji air perahan limau nipis

1 cawan air sejuk / air masak

 

Cara membuat:

  1. Cili api dan bawang putih ditumbuk dalam lesung batu bagi hancur. Kalau anda malas, boleh guna blender kering.
  2. Kemudian satukan dengan air, garam, gula dan air perahan limau nipis. Kacau sebati.

*Cicah dengan ikan terubuk bakar arang, sedap!

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zuraini Alias II (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0