in ,

Resepi Sambal Kicap Dan Bergedil Ayam Untuk Pelengkap Hidangan Soto Nasi Impit. Tak Best Kalau Tak Ada Dua Ni.

Hidangan Soto ini kebiasaannya dihidang pada majlis keramaian. Tetapi kalau Soto Nasi Impit, automatik ianya akan dihidang kebanyakkan pada musim Raya. Haa, bulan puasa, bulan Raya hampir tiba. Walaupun kita masih tidak tahu, kita masih berkesempatan atau tidak untuk balik ke kampung, mood raya tu perlu dihidupkan. 

Disini Admin kongsikan hidangan sampingan untuk Soto Nasi Impit yang WAJIB ada iaitu Begedil Ayam dan Sambal Kicap. Tak sah kalau tak ada kedua ini. Jadi, anda jangan lupa untuk buat dan ikut resipi kedua ini kalau nak buat Soto Nasi Impit tau!

Terima kasih Yana Jais untuk perkongsian resipi Begedil Ayam dan Sambal Kicap ini 🙂

Sambal Kicap

 

Bahan untuk ditumbuk:

Cili Padi 15 biji.

Bawang Putih 3 biji (digoreng kekuningan untuk lembutkan terlebih dahulu)

2 sudu kecil Gula/Gula Merah

Secubit garam

Kicap dan Perahan Limau Kasturi 2 biji

 

Begedil Ayam

Bahan-bahan:

Kentang (di kukus atau goreng)

Isi Ayam Goreng atau rebus (dicincang halus-halus)

Bawang Besar dan bawang putih (di cincang halus-halus)

Daun Sup (dihiris halus-halus)

Garam, Serbuk Lada Sulah dan Serbuk lada Hitam sebagai perasa

Telur (untuk celup sebelum golek dalam tepung) 

Tepung Goreng Crispy (untuk salutan sebelum Goreng) 

Cara membuat:

  1. Lenyek kentang, gaul dengan semua bahan yang telah disediakan. Biarkan dalam 10minit.
  2. Bentukkan adunan bulat-bulat leper. 
  3. Pukul telur. Celup Begedil yang telah dibentuk ke dalam telur dan salutkan dengan tepung Goreng crispy. Sedia untuk digoreng 😊

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yana Jais (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0