fbpx

Resepi Sambal Tempe Dengan Guna Bahan Yang Mudah. Tunggu Kuah Sejuk Baru Masukkan Isinya.

iCookAsia

Kalau anda ada keturunan Jawa, mesti sangat biasa dengan hidangan Sambal Tempe ini. Memang sedap diratah begitu sahaja atau dijadikan hidangan sampingan bersama nasi putih dan lauk-lauk yang lain. 

Kalau anda baru pertama kali ingin mencuba Sambal Tempe dan nak tahu apa rasanya, boleh cuba resipi di bawah ni, okay?

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Sambal Tempe ini 🙂

Bahan-bahan:

Sebungkus tempe

Segenggam ikan bilis

3 sudu besar cili kering yg di blend

1 sudu besar sos cili

1/2 labu bawang besar (saiz sederhana dan di blend)

1/2 sudu besar gula

1/2 sdt garam

Segenggam kacang (optional)

Minyak

Secubit belacan

Cara membuat:

  1. Blend bawang besar dengan sedikit air.
  2. Goreng kacang tanpa minyak. Sudah masak, angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak. Goreng tempe dan apabila sudah garing angkat dan toskan minyak. Goreng pula ikan bilis. Dah garing angkat dan toskan minyak.
  4. Guna sedikit minyak lebihan tadi. Tumis pes cili kering yang sudah di blend. Masukkan sos cili dan belacan. Masak hingga garing. Masukkan gula dan garam. Tutup api.
  5. Bila kuah sudah sejuk, baru masukkan ikan bilis, tempe dan kacang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x