fbpx

Resepi Sambal Terasi, Buat Stok Untuk Pelbagai Masakan!

iCookAsia

Pernah dengar tak mengenai Sambal Terasi? Kalau anda nak tau, macam-macam masakan tau boleh buat dengan menggunakan resipi ni. Bukan itu sahaja, nak makan macam tu dengan nasi panas sahaja pun boleh. Memang sedap hingga menjilat jari. Buat banyak terus, boleh simpan untuk stok hari mendatang.

Jom Admin share.

Terima kasih Noor Aziah Mohd Noor untuk perkongsian resipi Sambal Terasi ini 🙂

Bahan-Bahan:

1 mangkuk cili padi merah

1 mangkuk cili padi hijau

1 mangkuk cili besar (patah-patah kan)

4 biji tomato (Dipotong enam)

4-5 biji bwg besar (Dipotong enam)

5-6 biji bawang merah (Dipotong kasar)

3-4 labu bawang putih

Belacan 2 inci

1 sudu besar pes asam jawa

1-2 keping gula gerek atau nisan (gula biasa pun boleh)

Garam

Serbuk perasa atau ajinomoto (Optional)

Minyak untuk menggoreng guna agak byk

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, tumis cili padi merah, cili padi hijau, cili besar, tomato, bawang besar,  bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga layu. Kemudian blend kasar.
  2. Kemudian, masak semula dengan api sederhana perlahan dan masukkan gula gerek atau nisan, garam dan asam jawa. Masak sehingga pecah minyak atau sambal nampak berkilat dan bertukar warna agak gelap. Masak ni agak lama ya supaya sambal tahan lama.
  3. Tambah perasa kalau suka.
  4. Gula gerek tu kalau suka manis sikit letak 2, kalau tak nak manis sangat, boleh letak 1 saja.
  5. Apabila dah masak biarkan sejuk pada suhu bilik dan masukkan dalam bekas serta simpan dalam peti sejuk.

Sesiapa yang tak suka pedas, boleh kurangkan cili padi dan lebihkan cili besar.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noor Aziah Mohd Noor(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x