fbpx

Resepi Sambal Udang Mudah. Pastikan Minyak Lebih Untuk Dapatkan Cili Yang Garing

iCookAsia

Seafood kan, apa je yang tidak sedap. Apatah lagi kalau dibuat sambal seperti resepi yang Admin nak kongsikan pada kali ini iaitu Sambal Udang. Dengan aroma sambal yang naik, lagi terliur dibuatnya kan. Buat makan lunch memang mantap ni.

Jom kita try.

Terima kasih Ida Akmal Idameor untuk perkongsian resipi Sambal Udang ini 🙂

Bahan-Bahan:

Udang

Cili kering (dikisar)

Bawang Besar (di hiris)

5 ulas bawang merah kecil (dikisar)

3 biji bawang putih (dikisar)

Sedikit Belacan (dikisar)

Air asam jawa

Sos cili sedikit

Perasa (Garam dan gula)

Minyak masak

(Kuantiti bahan mengikut cita rasa sendiri)

Cara penyediaan:

  1.       Mula-mula, bersihkan udang dan ketepikan.
  2.       Panaskan minyak dalam kuali.
  3.       Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  4.       Masukkan cili kisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak dan garing cilinya.
  5.       Kemudian masukkan sedikit gula untuk dapatkan warna sambal yang cantik.
  6.       Masukkan sedikit air asam jawa.
  7.       Masukkan perasa.
  8.       Apabila sudah mendidih masukkan udang dan bawang besar yang di hiris tadi.
  9.       Jika udang sudah bertukar warna, boleh tutup api.

Tips: Untuk dapatkan sambal yang menarik dan sedap, minyak kene lebih bagi garingkan cili kisar yang diguna dan warna sambal pun akan kelihatan menarik.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ida Akmal Idameor(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x