fbpx

Resepi Senang Buat, Kuih Limas. Sangat Menyelerakan Dengan Rasa Lemak-Lemak Manis!

iCookAsia

Kalau anda nak tahu, Kuih Limas dikatakan kuih tradisi dari Negeri Perak tau. Kuih ini juga seakan-akan kuih Tepung Pelita tapi bukan. Walaupun begitu, rasa Kuih Limas ini sangat sedap dengan lemak-lemak manis yang menjadi tarikan ramai orang.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Zura Zul perkongsian resipi Kuih Limas ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Lapisan Bawah):

1 1/4 cawan tepung gandum

1-2 sudu besar tepung ubi (jika suka)

1/4 cawan gula

2 cawan santan sederhana cair

1 1/2 cawan jus pandan (blend 5 helai daun pandan dengan air dan tapiskan)

Sedikit pewarna hijau

Cara membuat:

  1. Gaulkan kesemua bahan di atas sehingga sebati. Tapiskan.

Bahan (Lapisan Atas):

Bahan B:

3/4 cawan tepung gandum

2 1/2 cawan santan pekat

1 sudu kecil garam

Bahan C:

Gula (Untuk letak dalam kelonsong daun pisang)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, gaul- gaul sehingga sebati bahan B dan tapiskan.
  2. Susun kelongsong daun pisang dalam pengukus.
  3. Masukkan 1 sudu kecil gula atau ikut suka.
  4. Kemudian, tuangkan 2 sudu besar adunan hijau dan kukus selama 12 minit.
  5. Angkat pengukus tersebut dan biarkan seketika.
  6. Boleh tuang 1 hingga 2 sudu besar adunan putih. Kukus selama 12 minit dengan api sederhana besar. Boleh dihidangkan.

Boleh juga makan sejuk-sejuk dari peti ais. Pun sedap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zura Zul(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x