fbpx

Resepi Shell Out, Ringkas Tapi Sedap Dengan Rasa Yang Cukup. Fuh Memang Boleh Buat Terliur!

iCookAsia

Best kan kalau dapat makan Shell Out? Dengan keenakan kuah hidangan tersebut yang menjadikan ia lagi menarik dan sedap. Apa kata anda cuba resepi ini, confirm sedap dengan cukup rasa tau. Admin pun tak sabar ni.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Rahayu Abdul Rasib perkongsian resipi Shell Out ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

Kepah retak seribu

Ketam

Udang

Sotong

Cara membuat:

  1. Mula-mula, semua bahan di atas perlu dibasuh dan rebus sekejap.
  2. Semasa rebus letakkan garam dalam air dan apabila kulit sudah merah, angkat dan toskan.

Bahan B (Sayuran):

Jagung (Kalau tiada, boleh ganti dengan anak jagung)

Lobak merah

Brokoli

Cara membuat:

  1. Semua bahan di atas perlu direbus juga.
  2. Kemudian toskan.
  3. Brokoli selepas sudah rebus angkat dan letak dalam air sejuk supaya warna dia asli dan tidak layu.

Bahan C (Untuk Tumisan):

Cili kering (Mengikut sukatan sendiri, kalau masak sikit, 5 bij sudah cukup)

5 biji bawang merah

5 biji bawang putih

Halia sikit

Serbuk kari ikan (Boleh guna sukatan sebungkus)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kisarkan semua sekali.
  2. Kemudian, tumis bahan dan jangan lupa letak daun kari supaya naik wangi. Letak garam gula sesedap rasa.
  3. Tumis sampai garing.
  4. Masukkan air didihan udang, sotong, ketam tadi sikit. Tunggu sampai garing. Masukkan lagi air didihan tersebut.
  5. Air didihan tadi digunakan untuk dijadikan kuah, baru akan jadi lagi sedap.
  6. Seterusnya, gaul semua sekali dalam kuali.
  7. Akhir sekali, taburkan brokoli atas nya. Daun sup dan daun bawang sikit untuk naik wangi. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rahayu Abdul Rasib(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x