fbpx

Resepi Siakap Kerabu Mangga, Memang Bertambah Makan Nasi Ni

iCookAsia

Kerabu mangga memang merupakan satu makanan yang sangat sesuai nak makan dengan nasi panas dan ikan goreng, makan macam tu je tanpa lauk lain pun dah cukup kan. Memang terliur dibuatnya. Bukan itu sahaja tau, dah ramai orang variasikan kerabu mangga ni tapi juadah tersebut tetap sedap dan berulang kali makan.

Jom Admin share resipi ini.

Terima kasih Roslan Eusof untuk perkongsian resipi Siakap Kerabu Mangga ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan (Untuk Ikan):

1 atau 2 ekor ikan siakap

Lumurkan tepung jagung dan goreng ikan tersebut (Kalau nak letak garam pun boleh).

Bahan (Untuk Kerabu Mangga):

2 biji mangga muda – Boleh potong menggunakan pisau Somtam (cakar-cakar isi mangga tersebut)

1 biji mangga (Sedang-sedang masak) – Yang ini kena potong menggunakan pisau biasa dalam bentuk julienne cut

1 biji bawang besar (Dihiris nipis)

5 biji cherry tomato (Dibelah 2 atau 4)

1 biji tomato biasa (Dibuang biji dan potong secara dadu)

1 sudu besar udang kering (Digoreng tanpa minyak)- Kalau tiada, boleh guna ikan bilis dan ditumbuk atau dibiar  begitu pun ok

1 bunga kantan (Dihiris nipis)

3-5 biji cili api merah atau hijau

Daun ketumbar

Daun bawang (Untuk tabur akhir nanti)

Kacang tanah goreng (Dibuang kulit dan tumbuk kasar) – Boleh saja beli yang sudah siap di kedai

Bahan (Untuk Sos):

2 sudu makan gula merah

1-2 sudu makan sos ikan

1 biji limau nipis (ambil jus)

3 biji limau kasturi (ambil jus)

Gaul rata semua bahan sehingga gula larut.

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk bersaiz sesuai untuk menggaul atau tos.
  2. Gaul rata semua bahan.
  3. Kemudian, boleh rasa mana yang kurang dan ditambah untuk memberi kesedapan kepada hidangan anda.
  4. Akhir sekali, susun kerabu mangga ke atas ikan siakap goreng dan taburkan daun bawang potong untuk serlahkan lagi kecantikan hidangan ini.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Roslan Eusof(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x