fbpx

Resepi Sotong Goreng Madu. Manis Semanis Ikut Tekak Anda.

iCookAsia

Sudah kita sedia maklum, Madu mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita. Ianya bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja dan dijadikan salah satu makanan berkhasiat. Tetapi, madu juga boleh digunakan di dalam masakan. Sudah pasti anda tahu, Ayam Bakar Madu kan? Popular sangat pada bulan Ramadan. 

Selain itu, madu juga boleh digunakan dalam masakan Sotong. Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau memasak hidangan Sotong Goreng Madu. Jarang juga sebenarnya digunakan dengan sotong. Biasa dengan bahan Ayam sahaja. Nak tahu bagaimana rasanya? Jom cuba masak!

Terima kasih Syana Anuya Manmad untuk perkongsian resipi Sotong Goreng Madu ini 🙂

Bahan A:

1 kg sotong

5 ulas bawang putih (tumbuk lumat)

1 inci halia (tumbuk lumat)

Serbuk kunyit

Garam

Minyak

Bahan B:

1 biji bawang besar (kisar)

5 biji bawang putih (kisar)

4 sudu besar madu

1 sudu besar kicap pekat manis

2 biji cili merah

1 biji tomato

Sedikit daun bawang

Cara Memasak:

  1. Gaulkan bahan A (sotong, bawang putih, halia, serbuk kunyit, garam) dan perap selama 10 minit
  2. Setelah perap, goreng separuh masak dan ketepikan.
  3. Tumis bahan B (bawang besar dan bawang putih) menggunakan minyak goreng tadi hingga naik bau.
  4. Masukkan madu dan kicap.
  5. Goreng hingga pecah minyak.
  6. Masukkan cili merah dan tomato.
  7. Masukkan sotong yang digoreng tadi. Gaul sebati hingga sotong masak sepenuhnya.
  8. Tabur daun bawang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syana Anuya Manmad (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x