fbpx

Resepi Sup Daging Siam. Paling Mudah Dan Sedap Dengan Daging Yang Sangat Lembut!

iCookAsia

Sup Daging Siam ini bukan sahaja menjadi makanan kegemaran orang pantai timur tapi pergi mana-mana mesti ramai yang cari hidangan ini. Dengan rasa kuahnya yang cukup rasa dan menyegarkan, memang sedap kalau hirup macam itu sahaja.

Buat sendiri lagi best. Jom kita try.

Terima kasih untuk Ben Safwan perkongsian resipi Sup Daging Siam ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

500 hingga 800 g

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, rebus daging lembu dengan 200 ml air selama 35 hingga 40 minit menggunakan api kecil dan tutup periuk.
  2. Buka sedikit sahaja untuk bagi ruang keluar. Boleh guna daging lembu tempatan.

Bahan B:

500 ml air kosong

1 1/2 pek perencah sup siam Adabi

2 ulas bawang putih (ketuk)

1 batang saderi panjang

1 batang akar daun ketumbar (ketuk)

4-5 tangkai daun ketumbar

1-2 tangkai daun bawang

2-3 cili Thai (ketuk)

1/2 bawang Holland saiz besar

2 biji tomato (di belah 4)

1 biji besar asam limau

3 sudu makan sos ikan

Garam, serbuk perasa, bawang goreng secukupnya dan kalau perlu

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak.
  2. Tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, lada Thai ketuk, akar daun ketumbar, 2/3 bahagian tomato sehingga bawang betul-betul layu.
  3. Kemudian, baru tambah 700 ml air (air ditambah air rebusan daging ), daging rebus, daun ketumbar, perencah, sos ikan dan tomato. Buka api besar, tutup periuk dan didihkan.
  4. Seterusnya, apabila sudah mendidih, perasakan mengikut citarasa sendiri dengan serbuk perasa, garam sikit, hirisan asam limau hingga rasa masam pedas aroma sup. Air jangan kurang jangan lebih seperti di atas untuk sukatan ini.

Akhir sekali, boleh taburkan dengan bawang goreng. Siap untuk dihidangkan

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ben Safwan(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x