in ,

Resepi Sweet Corn Dalam Cup. Kalau Tak Suka Susu Pekat, Boleh Ganti Dengan Madu.

Kalau anda pergi singgah di kawasan rehat di highway, pasti ada kedai yang menjual Jagung Kukus Susu yang dihidang dalam cawan kertas kan? Lebih senang dimakan. Kalau hari ini rasa teringin nak makan hidangan sweet corn ini bolehlah cuba buat di rumah. 

Senang sangat. Boleh letak sukatan ikut citarasa anda sendiri. Dan yang lebih menariknya resepi ini, seorang pengguna Facebook berkongsikan idea untuk gantikan susu pekat dengan madu jika anda tak berapa suka susu pekat. Nak tahu rasanya bagaimana kalau letak madu? Jom cuba!

Terima kasih Eniza M. Salim untuk perkongsian resipi Jagung Kukus/ Sweet Corn ini 🙂

Bahan-bahan:

1 pek jagung (1 kilo)

Susu pekat atau madu

Marjerin atau butter

Garam halus 

Cara penyediaan:

  1. Kukus jagung hingga lembut.
  2. Alihkan jagung yang telah dikukus dalam bekas.
  3. Masukkan marjerin atau butter (pilihan).
  4. Garam serta susu pekat. Sukatan susu pekat ikut citarasa sendiri. 

*Kalau tak suka susu pekat, boleh cuba letak madu.

*Nak letak cheese pun boleh. Ikut pilihan sendiri. Pelbagaikan cara. 

*1 pek jagung kukus dapat 7 cup.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Eniza M. Salim (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.