in ,

Resepi Tauhu Bergedil Saiz Gemuk Dan Gebu. Inti Banyak, Baru Puas Makan.

Petang-petang, duduk di rumah dan baru sahaja habis daripada aktiviti kerja di pejabat secara online mahupun pun kelas online, sudah pasti anda mahu berehat sambil mengisi perut yang lapar. Betul tak?

Jom Admin kongsikan resepi Tauhu Bergedil yang boleh buat anda kenyang dan puas dengan inti yang banyak. 

Terima kasih Eryn TJ untuk perkongsian resipi Tauhu Bergedil ini 🙂

Bahan-bahan untuk Tauhu Bergedil:

1 bungkus besar tauhu kering

3 biji kentang (rebus dan lenyek)

1 cawan isi ayam dikisar

1 tin cendawan butang dicincang

10 ekor udang dicincang

1 biji cili merah besar dicincang

3 biji bawang merah digoreng

Daun bawang & daun sup

Serbuk lada putih dan hitam secukupnya

Garam secukup rasa

Bahan untuk Celup Tauhu:

3 biji telur

Garam secukup rasa

Cara membuat:

  1. Rebus & Lenyek Kentang. Mula-mula rebus kentang sehingga masak. Kemudian lenyekkan macam anda nak buat begedil.
  2. Untuk buat Inti Begedil, isi ayam dimasak sebentar hingga airnya kering. Kemudian campurkan dengan semua bahan di atas dan gaulkan bersama kentang yang dah dilenyek tadi. Boleh perasakan ikut citarasa masing-masing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Eryn TJ (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.