fbpx

Resepi Tepung Bungkus Yang Mudah.

iCookAsia

Sebenarnya nak buat kuih ini taklah susah sangat, cuma perlukan kerajinan sahaja. Kalau buat sendiri pun lagi jimat, lagipun kuih tradisional ini susah nak jumpa sekarang. 

Terima kasih Arim Abdul Rahim untuk perkongsian resipi Tepung Bungkus ini 🙂

Bahan A (Inti)

1 biji kelapa parut putih

1 cawan air (secukupnya)

1 ketul gula melaka (120g)

3/4 cawan gula merah

1 sudu besar gula

1 sudu besar tepung gandum

3  helai daun pandan 

Sedikit garam

Bahan B (Salutan Inti) 

1 cawan tepung pulut

3/4 cawan air (atau secukupnya)

Bahan C (Lapisan Putih Lemak Masin)

1 cawan tepung beras

2 cawan santan segar

2 cawan air

sikit garam

Daun pisang (layurkan di atas api)

Cara-Cara (Untuk Inti)

  1. Masukkan gula melaka, gula merah, daun pandan, garam dan sedikit air. Masak hingga gula larut.
  2. Masukkan kelapa parut, gaul rata (tambah air jika perlu) masukkan gula pasir (jika perlu) ikut selera.
  3. Taburkan tepung gandum dan masak hingga inti liat.

Cara-Cara (Bahan B)

  1. Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk, masukkan air sedikit demi sedikit, uli hingga doh tidak melekat di tangan macam buat Buah Melaka.
  2. Cubit sedikit doh anggaran sebesar ibu jari, leperkan kemudian masukkan inti kelapa.Gentel kemudian ketepikan.Ulang proses hingga doh habis. Kemudian ketepikan sebentar.

Cara-Cara (Bahan C)

  1. Bancuh tepung beras bersama santan dan secubit garam. Kacau rata terlebih dahulu sebelum buka api.
  2. Masakkan hingga likat.Kemudian tutup api.

Cara Balut Kuih Tepung Bungkus

  1. Letakkan daun pisang yang telah dilayurkan di atas api, bersihkan segala kotoran dan sapu sedikit minyak.
  2. Ambil 2 sudu besar bancuhan tepung Bahan C dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
  3. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun.Ulang proses hingga habis.
  4. Kukuskan selama 20 minit api sederhana.Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Arim Abdul Rahim (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x