in ,

Resepi Tepung Gomak Labu Yang Mudah Tapi Sangat Menyelerakan. Sedapnya…

Kuih Tepung Gomak ini kebiasaannya dihidang pada bulan Ramadan waktu berbuka. Teksturnya kenyal, manis pada intinya yang buat sedap pencuci mulut ini. Tapi tak ramai yang tahu buat. Sebenarnya sangat mudah. 

Tengok sahaja la pada resepi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook ini. Nampak enak dan menyelerakan, betul tak? Lebih-lebih lagi beliau menggunakan Labu dalam resepi. Wah… Jom cuba! 

Terima kasih Noor Aini untuk perkongsian resipi Tepung Gomak Labu ini 🙂

Bahan untuk Inti:

1 biji kelapa parut

3 sudu gula merah

2 sudu gula putih

1 cawan air

Daun pandan

1 sudu makan tepung gandum

Caranya:

  1. Panaskan air masukkan gula dan daun pandan kacau hingga larut. 
  2. Masukkan kelapa, kacau sebati dan perlahankan api. Kacau hingga kering. 
  3. Masukkan tepung gandum dan kacau sebati. 

Cara penyediaan Serbuk kacang hijau:

  1. Kacang hijau basuh dan toskan. Kemudian sangai. 

*Kalau nak guna oven, setkan pada suhu selama 130 selama 30 minit. 

  1. Apabila sudah sejuk, kisar kering dan ayak.

Bahan untuk kuih:

2 cawan tepung pulut

Air

Caranya:

  1. Bancuh dan gaul hingga tidak melekat di tangan.
  2. Ambil bancuhan tepung, leperkan dan masukkan inti. 
  3. Gentel bulat-bulat hingga habis. Panaskan air. 
  4. Apabila dah mendidih, masukkan adunan tadi bila dah timbul. Angkat dan toskan air. 
  5. Kemudian, gaul dengan serbuk kacang hijau tadi. Kemudian tekan perlahan hingga leper. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noor Aini (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.