in ,

Resepi Terbaru, Kek Batik Lumut Aka Kek Batik Pandan Horlicks. Confirm Sedap!

Kebiasaannya kita buat Kek Batik Milo je kan? Kali ini, resipi special kerana berlainan dari kebiasaan. Di mana, seorang pengguna Facebook ini telah kongsikan cara membuat Kek Batik Pandan Horlicks. Sudah namanya begitu, mesti lah ada pandan dan horlicks kan? 

Nak tahu rasanya bagaimana, kena la cuba! 

Terima kasih DapurBerasap untuk perkongsian resipi Kek Batik Pandan Horlicks ini 🙂

 

Bahan-bahan:

1/2 cawan mentega/marjerin

3 sudu besar susu pekat

1 cawan susu cair/segar

1 cawan nestum (sebelum kisar, bila dah kisar jadi lebih kurang 1/2 cawan sahaja)

3/4 cawan horlick

1/2 sudu kecil pewarna hijau (optional)

1 sudu besar emulco pandan coconut

1 bungkus biskut marie (50-60 keping)

 

Cara penyediaan:

  1. Patahkan biskut marrie dan ketepikan.
  2. Cairkan mentega/marjerin. Guna api perlahan.
  3. Masukkan susu cair.
  4. Masukkan susu pekat.

5. Masukkan emulco dan kacau sebati. 

6. Masukkan nestum kisar.

7. Masukkan horlicks dan kacau sekata untuk elakkan berketul.

8. Masukkan pewarna hijau.

9. Masukkan biskut marrie dan gaulkan sekata.

10. Sediakan loyang 7×7. Alaskan dengan plastik nipis.

11. 

12.Selepas 2 jam, boleh keluarkan dari loyang dan potong.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: DapurBerasap (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0