fbpx

Resepi Terung Goreng Berlada, Simple Sahaja Hidangan Ini Tapi Sedap Tau

iCookAsia

Sedap nya kalau dapat makan Terung Goreng Berlada dengan nasi panas. Bukan itu sahaja, resepi ini sangat mudah untuk dibuat. boleh lah cuba untuk masakan tengahari. Buat penggemar terung, confirm hidangan ini akan membuatkan mereka tambah nasi hehe.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Tengku RosElyza Raja Muhammad perkongsian resipi Terung Goreng Berlada ini 🙂

Bahan-bahan:

2 atau 3 biji terung panjang (dipotong)

2 biji bawang merah besar (tumbuk atau kisar)

3 biji bawang putih (tumbuk atau kisar)

Segenggam ikan bilis digoreng garing

Cili merah dan cili hijau (tumbuk atau kisar)

Cili padi (ikut anggaran kepedasan yang kita nak diinginkan, tumbuk atau kisar)

Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak dan goreng terung, angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan bawang putih dan bawang merah.
  3. Apabila terbit bau wangi masukkan cili yang telah dikisar.
  4. Masak sehingga garing.
  5. Kemudian, masukkan garam dan gula. Tambah dalam 1/2 cawan air untuk nak bagi berkuah sikit. Didihkan sekejap.
  6. Masukkan terung dan gaul sebati.
  7. Angkat dan taburkan ikan bilis goreng di atasnya. Ikan bilis tumbuk kasar.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Tengku RosElyza Raja Muhammad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x