fbpx

Resepi Tomyam Pekat Ala Thai. Sekali Hirup, Rasa Macam Di Restoran Thailand Betul. Puas Betul!

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak rindu makan masakan Thailand kan? Kalau di Thailand tu, mesti masakan seperti Tom Yam rasa betul-betul padu. Pekat dan cukup rasa! Memang puas. 

Tetapi, sudah musim PKP ni. Kita pun kena la berjaga-jaga kan. Keluar bila perlu sahaja. Jangan risau, musim PKP ni lah nak tunjuk skills memasak anda. Beli bahan-bahan dibawah, dan jom mula memasak resipi ini. 

Terima kasih Siti Husni untuk perkongsian resipi Tomyam Ala Thai ini 🙂

Bahan-bahan:

Pes tomyam brand Maepranom dan Tom Yum Kung

Cili kisar 3 sudu

Santan/ susu cair

Sos ikan/kicap sotong

Sos tiram

Ayam/udang/sotong

Bawang putih, bawang holland, lengkuas, serai, 

Cabai melaka

Limau nipis

Daun ketumbar

Sayur bunga kobis/carrot/cendawan/anak jagung

Cara membuat:

  1. Tumis cili kisar sampai pecah minyak. Masukkan pes tomyam dalam 4 -5 sudu besar. Masuk sos tiram dalam 1 sudu besar. Masukkan serai dan tumis seketika.
  2. Masukkan ayam/udang/ sotong. Gaul sebati. 
  3. Masukkan air dan santan cair/ susu cair. 
  4. Masukkan semua lengkuas, bawang putih, cabai melaka, tomato, akar ketumbar. Renehkan sekejap.
  5. Perasakan dengan kicap sotong sampai cukup rasa. 
  6. Masukkan sayur sayuran, daun limau purut dan daun ketumbar. Akhir sekali, apabila sudah mendidih perahkan air limau nipis sehingga cukup rasa.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Husni (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x