fbpx

Resepi Tomyam Putih Pure Thai, Macam Makan Di Kedai!

iCookAsia

Kalau pergi kedai makan mesti ramai yang akan order Tomyam kan? Apa kata selepas ini cuba buat sendiri pula, sedap tau dapat makan Tomyam Putih ini. Rasa nya sangat segar walaupun dihirup macam itu sahaja.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Eqienura Mokhtar perkongsian resipi Tomyam Putih Pure Thai ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Untuk Tumbuk):

5-10 biji cili padi (Ikut tahap kepedasan masing-masing)

2 ulas bawang putih

4 biji tomato cherry (Tomato besar lebih baik)

Bahan B (Untuk Titik):

2-3 batang serai

1 inci lengkuas

1 cm halia

5 biji cili padi

3 ulas bawang putih

Bahan C (Bahan Lain):

Udang

Sotong

1/2 biji bawang holland

Oyster mushroom

Cauliflower

Daun limau purut

Daun ketumbar (optional)

2 biji Air perahan limau nipis

Sos ikan

Garam

Gula (optional)

Boleh tambah seafood lain juga seperti lala, ketam dan hirisan isi ikan siakap

Cara membuat:

  1. Mula-mula, sediakan air dalam periuk. masukkan cili padi, tomato dan bawang putih yang ditumbuk. Biar sampai mendidih.
  2. Apabila sudah mendidih terus masukkan bawang putih, cili padi, halia, lengkuas dan serai yang sudah di titik. Pastikan api perlahan, nak masuk awal-awal dengan bahan tumbuk pun boleh.
  3. Kemudian, bawang holland dipotong dan masukkan ke dalam periuk.
  4. Biarkan sekejap. Selepas itu, masukkan sayur.seperti cauliflower dan cendawan oyster.serta tomato. Tomato ini penting dalam tomyam sebab akan tambah rasa masam. Masak semua sampai mendidih.
  5. Pastikan semua sudah mendidih baru masukkan daun limau purut. Kalau masuk awal-awal nanti kuah rasa pahit dan aroma dia hilang. Jangan lupa letakkan bahan perasa.
  6. Untuk bahan perasa, yang penting ada sos ikan. Boleh guna satu senduk untuk setengah periuk. Selepas itu, adjust dengan garam.
  7. Masukkan seafood. Satu tips untuk tidak campurkan seafood dengan daging atau ayam, nanti rasa tidak akan sama.
  8. Masukkan sotong yang sudah dicelur dengan air panas sekejap.
  9. Sebelum tutup api, masukkan santan atau susu cair satu senduk. Kacau rata dan perasakan dengan garam. Tutup api.
  10. Akhir sekali, tengah tunggu kuah mendidih tadi, boleh belah limau nipis 2 biji. Perah airnya. dah tutup api tadi terus curah air limau ni. Pastikan tutup periuk.

Boleh juga letak daun ketumbar sebelum hidang panas-panas. Letak sedikit sahaja kerana akan mendatangkan rasa pahit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Eqienura Mokhtar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x