fbpx

Resepi Tradisi Kuih Ulat Bulu. Kalau Suka, Boleh Tabur Beras Pulut Yang Telah Goreng.

iCookAsia

Ada yang tidak pernah dengar dan jumpa Kuih Ulat Bulu ini? Kuih ini sangat menarik daripada nama dan bentuknya. Bentuk yang mengikut rupa ulat bulu ini boleh dimakan ya, jangan risau hehe.

Diperbuat daripada bahan-bahan utama seperti tepung gandum dan tepung pulut membuatkan ianya rasa kenyal-kenyal. Intinya pula sudah menjadi kebiasaannya digunakan kacang merah. Tetapi sebenarnya nak letak inti apa pun tidak kesah. Warna juga sama, ikut citarasa sendiri. Menarik kan? Jom cuba!

Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Kuih Ulat Bulu ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan tepung pulut

2 sudu besar tepung gandum

1 1/4 cawan air

1 sudu air kapur makan 

Sedikit garam

Pewarna ikut suka

Inti kacang merah (readymade)

Kelapa parut putih dan sedikit garam 

Cara membuat:

  1. Satukan tepung pulut, tepung gandum, air kapur, garam dan air (air jangan tuang semua, sedikit demi sedikit. Kalau doh masih keras, tambah lagi air). Gaul/uli semua sehingga sebati. Jadikan doh yang tak lembik dan tak keras atau melekat di tangan (sama lebih kurang doh untuk buat buah melaka).
  2. Jika suka yang berwarna, bahagikan doh. Warnakan ikut suka.
  3. Bulat-bulatkan doh dalam berat 28g atau ikut suka kesemuanya. Leperkan atas tapak tangan dan letak inti kacang merah.
  4. Kemudian tutup doh dan gentel bujur memanjang. Buat sampai habis.
  5. Didihkan air, kemudian masukkan doh ulat bulu tadi. Apabila sudah timbul, angkat toskan air seketika.
  6. Gaulkan dalam kelapa parut putih yang telah dicampur dengan sedikit garam. Golek-golekkan biar kelapa melekat rata.

*Jika suka boleh goreng sedikit beras pulut dan taburkan atas kuih ulat bulu masa hidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x