fbpx

Resepi Udang Butter Milk. Simple Tapi Dijamin Sedap Hingga Menjilat Jari Ni!

iCookAsia

Kebiasannya kita dengar Ayam Butter Milk kan? Apa kata kali ini anda cuba resepi Udang Butter Milk pula. Dengan rasa crunchy dan lemak, memang terliur dibuatnya. Bukan itu sahaja, kalau anda mahu pedas ataupun tidak, boleh adjust dengan kuantiti cili api.

Tak sabar nak cuba ni. Jom kita try.

Terima kasih untuk  Fairuz Abu Hassan perkongsian resipi Udang Butter Milk ini 🙂

Bahan-bahan:

Udang galah atau apa jenis udang  (saiz yang besar atau sederhana)

Buttercup (lagi banyak lagi sedap)

Susu cair dalam setengah tin (Nak berkuah boleh letak lebih)

7 ulas bawang putih (dikisar halus)

Cili api kalau suka (tumbuk atau kisar halus bersama bawang putih)

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, goreng dulu udang dengan mentega sehingga agak garing. Asingkan.
  2. Kemudian, guna bekas goreng udang tadi, tumis bawang putih dan cili api yang dikisar tadi.
  3. Apabila sudah agak garing, masukkan susu dan garam.
  4. Seterusnya, kacau sebati. Masukkan udang.
  5. Masak sehingga pekat. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fairuz Abu Hassan(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x