fbpx

Resepi Viral Roti Keju Korea Menggunakan Air Fryer Sahaja. Nak Lagi Mudah, Guna Roti Burger Je. Senang Kan?

iCookAsia

Siapa yang belum cuba resipi viral Cream Cheese Garlic Bread ni? Haa.. sebenarnya sangat mudah untuk dibuat. Lebih-lebih lagi kalau anda ada air fryer di rumah. 5 minit Je, dah siap. Mudahkan? Jom cuba!

Terima kasih Maria Maria untuk perkongsian resipi Roti Garlic Cheese ini 🙂

(Bahan A)

250 g cream cheese

125 ml whipping cream

2 sudu besar susu pekat

Cara membuat:

  1. Campurkan semua bahan dan pukul hingga kembang.
  2. Guna piping bag untuk selitkan bahan A pada roti (belah 4 atau 6) 

(Bahan B)

250 g mentega buttercup

Bawang putih

Daun parsley

Telur sebiji

Keju parmesan

Cara membuat:

  1. Mentega dicairkan atas api dan masukkan bawang putih yang sudah di potong halus.
  2. Dah wangi, masukkan daun parsley dan boleh tutup api.
  3. Biarkan sejuk seketika dan masukkan telur. Gaul sebati dan akhir sekali, masukkan keju parmesan.
  4. Tuangkan adunan bahan B di atas roti tadi dan boleh masuk ke dalam air fryer dengan suhu 180°c selamat 5 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Maria Maria (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x