in , , ,

Resipi Ayam Grill Paling Sedap Dan Juicy. Mudah Je Bahan Dia Tapi Sedap Sampai Ke Langit.

Mesti ramai yang tercari-cari resipi terbaik untuk panggang ayam, tetapi kadang kala hampa bila lihat hasilnya kan? Resipi perkongsian Cik Merpati Putih ini cukup mudah dan ringkas, namun hasilnya ayam tetap juicy dan enak.

 

Bahan :

Ayam /  Daging

Sos lada hitam Kimball – beli dalam pack lebih jimat

Serbuk Rosemary herbs

Serbuk tyhme herbs

Serbuk lada hitam

Garam

Gula ( kena lebih )

Air panas / air suam – sedikit sahaja

 

Bahan :

  1. Basuh ayam atau daging bersih-bersih sambil berselawat.
  2. Selepas itu masukkan sos lada hitam ke dalam bekas. Jika terlalu pekat, tambah air panas atau air suam.
  3. Selepas itu kacau sebati dan masukkan garam, serbuk thyme herbs, rosemary, serbuk lada hitam dan gula. Lebihkan gula supaya ia meresap dalam isi daging ayam.
  4. Kacau sebati  dan baru masukkan ayam atau daging. Perap semalaman untuk lebih sedap.
  5. Bakar dengan ketuhar atau air fryer. Jika air fryer, bakar pada suhu 200c selama 17 minit. Ikut manual Airfryer masing-masing.

Kredit resipi & foto : Cik Merpati Putih

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0